Khidmat Sosial Rapatkan Jurang Digital


Kosmo! - Transaksi pembayaran bil atau memperbaharui lesen memandu, Snaniezie Odin, 38, perlu ke pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Batu 12, Gombak, Selangor untuk meminta bantuan pegawai di sana.
Memandangkan tempat tinggalnya jauh dari bandar, anak jati kampung itu tiada pilihan lain kecuali meminta bantuan daripada mereka yang lebih arif tentang komputer untuk urusan dalam talian atau surat-menyurat.

Begitupun, Snaniezie kini sedang berusaha untuk mempelajari hal ehwal berkaitan teknologi maklumat khususnya tentang asas pengendalian komputer.
“Sejak kecil, saya tidak pernah diajar untuk menggunakan komputer. Ketika membesar, tiada kemudahan pusat jalur lebar di kampung saya.

“Walaupun mengikuti perkembangan arus semasa, masih ramai Orang Asli yang belum terdedah dengan asas pengetahuan teknologi maklumat. Malah, masih ada yang tidak tahu menggunakan telefon bimbit,” kata Snaniezie yang kini sudah mahir untuk membuat dokumentasi menggunakan komputer.
Tambahnya, berbanding dengan masyarakat bumiputera lain, golongan Orang Asli merupakan kelompok yang sedikit tersasar daripada landasan pembangunan teknologi. Sebahagian besar daripada mereka tinggal di pedalaman dan masih kuat pegangan adat serta hidup berasaskan kepercayaan nenek moyang.

Manfaat

Hari ini, pembangunan modenisasi telah membawa teknologi merentasi sempadan peradaban. Manfaat kemajuan teknologi juga telah memberikan banyak kemudahan kepada rakyat malah, masyarakat Orang Asli tidak ketinggalan dalam usaha untuk menerapkan mereka dengan pengetahuan teknologi.
Perkongsian ilmu merupakan salah satu daripada khidmat sosial yang menjadi tunjang utama dalam usaha menyampaikan mesej kepentingan teknologi kepada masyarakat khususnya Orang Asli.

Pelbagai inisiatif dijalankan bukan sahaja daripada pihak kerajaan. Badan non-kerajaan (NGO) dan persatuan mahasiswa turut sama merencanakan pelbagai agenda khidmat sosial untuk membantu masyarakat. Agenda ini bukan sahaja berlandaskan khidmat kebajikan tetapi ia juga menggalas tanggungjawab untuk berkongsi ilmu pengetahuan.



Agenda tanggung jawab sosial ini turut disahut oleh mahasiswa Sarjana Sains Teknologi Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam usaha merapatkan jurang digital antara masyarakat Orang Asli dan teknologi.

Penganjuran program Sehari Bersama Persatuan Sarjana Sains Teknologi Maklumat di Kampung Orang Asli, Batu 12, Gombak, baru-baru ini merupakan inisiatif khidmat sosial oleh mahasiswa untuk memberikan pendedahan kepada golongan itu.
Menurut Penasihat Persatuan, Azhar Abdul Aziz, program susulan daripada projek Ayuh Terokai IT itu memberikan penekanan terhadap penggunaan perisian komputer dengan menyediakan keperluan seperti internet.

“Pada program sebelum ini, kami menyediakan beberapa unit komputer sebagai kemudahan untuk masyarakat Orang Asli mempelajari dan memanfaatkan sumbangan tersebut bagi tujuan pembelajaran.Sehubungan itu, bagi meneruskan kesinambungan usaha yang telah dijalankan, kumpulan mahasiswa UiTM dengan kerjasama JAKOA menganjurkan program ini untuk memberi pendedahan dalam konteks penggunaan portal,” ujarnya.
Tambahnya, idea yang dicetuskan sepenuhnya oleh mahasiswa Sains Teknologi Maklumat itu merupakan langkah berterusan dalam memastikan kemudahan sedia ada tidak disia-siakan. Konteks pengisian kali ini lebih menekankan kepada panambahbaikan infrastruktur dan pengenalan kepada portal MyEG dan MyHealth.

Menerusi kemudahan internet sebagai penambah baik infrastruktur, usaha ini turut dilengkapi dengan pendedahan kepada dua portal asas bertujuan untuk memudahkan urusan secara dalam talian antara Orang Asli dan pihak kerajaan serta membuka ruang pengetahuan berkenaan kesihatan.
Usaha ini turut mendapat sambutan baik daripada masyarakat Orang Asli di Batu 12, Gombak, Selangor.

Snaniezie juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai program tersebut.
Pendedahan
Baginya, program ini telah memberikan peluang kepadanya untuk menggunakan kemudahan tersebut bagi memudahkan urusan harian. Selain itu, dengan pendedahan kepada MyHealth, ruang maklumat berkenaan hal ehwal kesihatan akan lebih diperluas.

“Usaha yang dijalankan oleh mahasiswa UiTM ini telah merealisasikan impian kami untuk berdiri seiring dengan dunia moden. Jika dahulu, kami dianggap ketinggalan zaman tetapi kini, kami sudah maju seiring dengan masyarakat bangsa lain. Langkah ini merupakan anjakan paradigma dalam membentuk generasi Orang Asli celik IT tanpa melupakan warisan adat mereka selain merapatkan jurang digital dalam arus modenisasi,” jelasnya.

Usaha dan komited yang telah diberikan oleh mahasiswa juga merupakan tunjang utama kepada kejayaan program tersebut........ Selengkapnya baca di www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_01.htm

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Sedikit Cerita Mengenai Video Klip 'Menunggumu' Yang Masih Dalam Proses Syuting

Jadikanlah Hinaan Sebagai Motivasimu untuk Meraih Masa Depan yang Cerah dan Sukses

Uki Noah Usil, Unggah Foto Wajah Lukman yang Mirip Donghae Personel Super Junior